imej 80-an

imej 80-an

09 Oktober 2010

Sambungan drama era 80-an dan 90-an

1. OPAH

Yang hidup era 80-an dan 90-an tentunya akan ingat siri TV ni. Kisah keluarga memang ramai peminat cuma masa ramai pelakon dah bertukar tu yang nampak kurang menyengat sikit. Pergolakkan yang dipaparkan tidakla macam drama-drama sekarang ni sebab ianya masih dalam suasana kekeluargaan. Ini dua rangkap daripada lagu tema cerita nih..
Dia seorang tua
Pengasih dan penyayang
Tak pernah hidup duka
Bersama keluarganya
Ini kisah anaknya
Empat orang semuanya
Seorang tiada punya
Yang tidak pernah berkeluarga

Sedutan lagu tema Drama Opah
http://www.youtube.com/watch?v=xDGFonosW5U

2. Naik Tangga Turun Tangga
cerita ni tak kurang popularnya yang mana dilakonkan oleh Rubiah Suparman dan Abu Bakar Omar.

3. Rumah Kedai
cerita sebelum buka puasa...!!   Aku percaya cerita ni masih seronok untuk untuk ditonton kalau ditayangkan balik. Terfikir jugak kenapa drama-drama yang begini kurang dihasilkan sekarang.

4. Seiring Jalan

Kisah 3 remaja yang mengembara naik basikal. Dalam setiap episod ada sahaja misteri dan permasalahan yang dirungkai pada setiap tempat yang mereka singgah. Tapi cerita ni satu musim je ditayangkan.

5. Wajah Sutinah

Cerita ni selalu jadi bualan kat sekolah. Kira seram jugaklah.

6. PJ Holding

Ni kira dallas versi Malaysia laa kononnya. Pelakonnya Azmil Mustafa, Mellisa Saila dan Osman Zailani.

7. Seorang tua dikaki gunung

Pelakon utamanya Tamam Idris. Cerita ni diadaptasikan dari novel Azizi Abdullah. Mungkin tak sehebat novelnya tetapi tetap menarik untuk ditonton.

8. Hanbali seorang Jeneral
Kisah jeneral pencen lakonan Eman Manan. Ending dia si Jeneral pencen ni kena masuk hutan jugak. Disiarkan dalm slot drama swasta rasanya.

9. Siapa Bunuh Alice

Lawak betul cerita ni. Sampai pelakon sendiri tak tahu siapa bunuh Alice. Entah betul entah tidak.

10. Anjang Aki

Mengisahkan seorang ayah yang menyesal kerana menghalau anaknya yang ditangkap basah. Lakonan Ismail Hutson….

11. Hikayat Hang Setia

Kalau tak silap Param jadi hero. Lagu ini dinyanyikan oleh SM Salim?
"al-kesah,
satu cherita,
kononnya bermula,
di sebuah desa,
rakyatnya,
berbilang bangsa,
hidup aman dan sentosa
hantu jembalangan...
byk berkeliaran....."
dia choba nak menghasut,
perpaduan rakyat,
rupanya macam hantu,
perangai macaaaam setan,
dalam hikayat hang setiaaaaaaaaaaaaa"

12. Pendekar Kundur

Lakonan Eman Manan dan Tiara Jacquelina. Permulaan era pendekar kat TV.

13. Keris Hitam Bersepuh Emas

Mengisahkan 7 pendekar muda yg syahid. 7 pendekar yg menguasai 7 gerak silat dan 7 jenis senjata yg berlainan. Bitara diarahkan mencari anak-anak murid gurunya untuk menentang Portugis di Melaka. Bermulalah pengembaraan..Dibintangi oleh Eman Manan, Ebby Yus.. ditaja oleh rokok Perillys

7 PENDEKAR;
- BITARA (KERIS HITAM BERSEPUH EMAS)
- SANG GUNA (TONGKAT)
- SALI (TEKPI)
- ADI JAYA (GOLOK)
- AGAM (PISAU)
-JEMPOL(PANAH)
- HANG PERKASA (RANTAI)

14. Hati Waja

Drama Hati Waja dibintangi oleh Rusdi Ramli! Faizal Hussein! Fuh best! Mengenai seni bela diri dan pengkhianatan Faizal Hussein yang membunuh gurunya sebaliknya Rusdi Ramli yang dituduh membunuh semasa pertandingan seni bela diri.

 Drama-drama Yusuf Haslam macam remang-remang kota raya, Debu-debu kotaraya dan Harimau Rimba. Harimau Rimba tu meletup masa cerita Nam:Tour of Duty ditayangkan kat TV2. Pastu Tok Perak, Slot Spektra, Identiti, Gado-Gado, 2+1, Jangan Ketawa, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Baba dan Nyonya

1 ulasan:

  1. ok, biar cikgu senior tolong ulas skit..he3x. Ambil contoh drama bertajuk seiring jalan, mengisahkan 3 renaja mengembara menaiki basikal "racing' menyelesaikan pelbagai misteri disepanjang pengembaraan mereka. Salah seorang mereka merupakan pelakon yang terdahulu dalam sebuah filem yang disukai ramai sekitar awal 80an..iaitu yang bertajuk "Roda-roda", filem musikal remaja..mengisahkan sekumpulan remaja anak yatim yang menunggang basikal BMX (yang sangat tersohor sekitar 80an)..bekerja sambilan selepas sekolah di kandang lembu yang dimiliki oleh seorang bujang terlajak (lakonan allahyarham Zami Ismail)..cerita kemasyarakan dengan pengakhiran sedikit sedih..

    BalasPadam

Mengenai Saya

Foto Saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
assalamualaikum.. nama sebenar saya Syahera Hamzah.saya merupakan pelajar DPLI dari UiTM Shah Alam dan bakal menjalani praktikum di SMK Bandar Banting, Selangor..blog ini merupakan satu portfolio kerjaya saya sebagai guru